Tuesday, June 10, 2008

Fatin Daftar Masuk UIAM

Fatin atau nama penohnya Fatin Nur Adila bte Nordin telah mendaftar sebagai pelajar baru Asasi Sains di Universiti Islam Antarabangsa ( UIAM ), Kampus Nilai pada 11 Jun 2008. Fatin akan belajar di kampus berkenaan selama dua tahun dalam bidang Ekonomi Dan Sains Pengurusan, sebelum ke kampus utama UIAM di Gombak. Dalam peperiksan SPM 2007 yang lalu, Fatin memperolehi 7A. Chik Ngah datang sekeluarga dan menginap di rumah Chik di Sungai Buloh yang terletak kira-kira 70km dari UIAM Nilai. Lepas daftar, sempat round ke Nilai 3 pulak yang terletak kira-kira 10km dari UIAM tu. Banyak jugak Cik Ngoh 'mborong'.



Walaupun katanya 'berdebar', semoga Fatin dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan belajar 'molek' serta menjadi inspirasi kepada mereka yang lain, terutamanya yang masih sekoloh. Tahniah diucapkan.

0 comments: