Tuesday, June 3, 2008

Pok Loh Meninggal Dunia

Pok Loh, adik kepada Ayah telah meninggal dunia pada pagi 2 Jun 2008 di ICU, Hospital Kuala Terengganu. Allahyarham dikatakan dimasukkan di ke ICU pada hari sebelumnya, ketika kita semua sibuk dengan majlis di rumah Che Long Abang Nor. Kali terakhir bersama allahyarham ialah pada 30 May 2008, iaitu dalam majlis kenduri kahwin di Tembila.
Gambar di atas menunjukkan Pok Loh berbaju biru sedang berbual bersama Pak Teh dan Ayah pada tengahari 30 Mei 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatehah.

0 comments: