Hari Bertolak
Perjalanan mula tengahari Sabtu lantaran Kak Di ada exam pagi sabtu menjelang merdeka. Perjalanan awalnya kira agak lancar, cuma cabaran agak tinggi sebab ngantuk. Tapi selepas Gua Musang, target dapat buka posa kat destinasi, tak kesampaian juga sebab jalan sibuk.
Hari ini hari pertama buka sekolah di Terengganu. Pepagi ramai anak-anak ke sekolah. Awal pagi singgah tepi pantai Air Tawar kemudian pergi ke Telok Bali Kelantan nak beli ikan di kompleks pasar tepi sungai tu.
Hari Pulang 31 Ogos 2009
Pepagi mula berkemas, target jam 10.00 bertolak supaya dapat sempat buka posa di Putrajaya. Sempat merakamkan kenangan gambar beramai-ramai dengan Tok Ki dan Tok Wan.