Wednesday, June 25, 2008

Baba mulakan tugas baru

Bermula 1Jun lalu, Baba secara rasmi memulakan tugas baru sebagai Editor Majalah Dian. Majalah itu telah diterbitkan Syarikat Dian Darul Naim Sdn.Bhd. (DDSB) sejak tahun 60-an. Penerbitannya terhenti sejak 1980-an dan akan diterbitkan semula. Naskah sulung Dian versi baru dijangka berada di pasaran Ogos ini dibawa editor baru, iaitu Baba sendiri.


Gambar : dari kiri - Dr. Wan, Baba, Nik Fauziah, Haji Fauzi & Dr. Irfan.

Tugas luar pertama Baba ialah menemu bual Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, bekas Timbalan Rektor Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam (ISTAC) di kediamannya di Bangi pada 16 Jun yang lalu. Rombongan itu disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DDSB, Tuan Haji Fauzi Jusoh, Timbalannya, Dr. Irfan Zaki Yusoff Zaky dan Editor Majalah Muslimah, Nik Fauziah Hussin.



Gambar 3: Baba, Dr. Irfan, Nik Fauziah, Dr. Ratna Wati Asyraf (isteri), Dr. Wan & Haji Fauzi di pekarangan banglo mereka di puncak bukit Limau Manis, Bangi..

0 comments: