Friday, August 8, 2008

08-08-08 : Selamat Pengantin Baru Suriaaty


08.08.08 dianggap merupakan tarikh keramat oleh sesetengah orang. Apa yang keramatnya, sedangkan 07.07.07, 06.06.06 dan seterusnya telah berlaku. Tetapi bagi masyarakat cina, angka "8" merupakan angka kegemaran mereka dan dikatakan memberikan "tuah" atau ada "ong". Malah ada orang Cina yang sedang mengandung, memaksa agar kandungannya dilahirkan pada tarikh tersebut. Itu kepercayaan orang Cina.

Kerana tarikh yang agak istimewa, maka ramailah yang memilih untuk melangsungkan perkahwinan pada tarikh 08.08.08. Termasuklah Suriaaty Razali, anak sulong ayah Ngah yang melangsungkan perkahwinannya dengan Nor Azriman bin Ab. Aziz. Tapi tak pastilah sama ada kepercayaan "keramat" atau sesaja nampak istimewa tarikh tersebut. Jadi sapa pulak yang nak kawin pada 9 September 2009 nanti ?

Untuk gambar Sekitar Majlis Perkahwinan, sila klik.

Untuk gambar Sekitar Majlis Akad Nikah, sila klik.

0 comments: