Fatin atau nama penohnya Fatin Nur Adila bte Nordin telah mendaftar sebagai pelajar baru Asasi Sains di Universiti Islam Antarabangsa ( UIAM ), Kampus Nilai pada 11 Jun 2008. Fatin akan belajar di kampus berkenaan selama dua tahun dalam bidang Ekonomi Dan Sains Pengurusan, sebelum ke kampus utama UIAM di Gombak. Dalam peperiksan SPM 2007 yang lalu, Fatin memperolehi 7A. Chik Ngah datang sekeluarga dan menginap di rumah Chik di Sungai Buloh yang terletak kira-kira 70km dari UIAM Nilai. Lepas daftar, sempat round ke Nilai 3 pulak yang terletak kira-kira 10km dari UIAM tu. Banyak jugak Cik Ngoh 'mborong'.
Walaupun katanya 'berdebar', semoga Fatin dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan belajar 'molek' serta menjadi inspirasi kepada mereka yang lain, terutamanya yang masih sekoloh. Tahniah diucapkan.
Tuesday, June 10, 2008
Saturday, June 7, 2008
Che Yaakob Masih Di Hospital Kubang Kerian
Che Yaakob atau nama sebenarnya Jusoh Ibrahim, 56 tahun masih menerima rawatan disebabkan kanser peti suara. Beliau mula dimasukkan ke wad pada awal Januari 2008 tetapi dibenarkan keluar sebelum PRU12 yang lalu. Beliau kemudian dimasukkan semula ke wad pada 23 Mac 2008 dan menerima rawatan di Tingkat 4, Wad Timur Hospital Kubang Kerian sehinggalah kini. Akibat penyakitnya, beliau tidak boleh bercakap atau mengeluarkan 'suara'. Ketika ini beliau menerima rawatan 'Radioterapi' untuk membunuh kuman-kuman kanser. Bersama kita doakan agar beliau akan pulih dari penyakitnya. Che Yaakob adalah anak kepada Long Ibrahim, adik beradik Mek yang sulong.
Friday, June 6, 2008
Bekwoh di Rumah Moksu Limah, Tembila
Pada 30 Mei 2008, ramai dikalangan kita berkesempatan menghadiri majlis ‘bekwoh’ di rumah Moksu Limah di Tembila. Moksu Limah merupakan adik Ayoh atau Tokki yang bungsu. Majis perkahwinan berkenaan ialah antara anak perempuan Moksu Limah yang bungsu yang kini bekerja di salah sebuah syarikat insuran di Petaling Jaya Selangor dengan manakala orang Negeri Sembilan yang bekerja di Mid Valey, Kuala Lumpur. Apa yang mengharukan, dalam majlis itulah kali terakhir kita bersama Pok Loh yang mennggal dunia dua hari kemudian.
Tuesday, June 3, 2008
Pok Loh Meninggal Dunia
Pok Loh, adik kepada Ayah telah meninggal dunia pada pagi 2 Jun 2008 di ICU, Hospital Kuala Terengganu. Allahyarham dikatakan dimasukkan di ke ICU pada hari sebelumnya, ketika kita semua sibuk dengan majlis di rumah Che Long Abang Nor. Kali terakhir bersama allahyarham ialah pada 30 May 2008, iaitu dalam majlis kenduri kahwin di Tembila.
Gambar di atas menunjukkan Pok Loh berbaju biru sedang berbual bersama Pak Teh dan Ayah pada tengahari 30 Mei 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatehah.
Gambar di atas menunjukkan Pok Loh berbaju biru sedang berbual bersama Pak Teh dan Ayah pada tengahari 30 Mei 2008. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatehah.
Monday, June 2, 2008
Selamat Pengantin Baru Ani
Ani atau Nik Zahariyani Mohamad ( anak Abang Nor yang ke-2 ) telah melangsungkan perkahwinan dengan akad nikah malam 31 Mei 2008. Majlis diadakan di Masjid Ibnu Abas Pengkalan Nyireh selepas solat Isyak. Kira-kira 100 orang hadir dalam majlis tersebut. Nampaknya pengantin lelaki melafazkan akad sekali sahaja. Bagi Ani ini merupakan perkahwinan kali kedua setelah suami pertamanya ( Che Man ) meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya kira-kira 10 tahun lalu.

Manakala Majlis kenduri diadakan pada hari berikutnya iaitu 1 Jun 2008. Walaupun kenduri secara sederhana, namun majlis berjalan lancar dan meriah. Kepada kedua mempelai, semoga berkekalan hingga ke anak cucu ... semoga 'Kak' dan 'adik' dapat menerima kehadiran 'ayah baru'.

Rumah Pak Teh Pada 1 Jun 2008
Sunday, June 1, 2008
Tentang Blog Ini
Tentang Laman Blog Ini
Blog ini diadakan bagi merakamkan berita dan peristiwa hal ehwal yang berkaitan dengan ahli Keluarga Hj Awang Ismail dan Hajjah Semek Ahmad, Kg Sentosa, Besut, Terengganu. Diharapkan dengan kewujudan blog ini menjadi suatu medan anak beranak bertukar berita, bertukar fikiran, idea dan saling ingat memperingati antara satu sama lain. Semoga dengan itu, mempereratkan silaturahim di kalangan ahli keluarga anak beranak walau dimana berada, sama ada yang jauh dan yang dekat.
Untuk tujuan itu, diharapkan setiap keluarga sekurang-kurangnya ada seorang menjadi penyumbang berita. Buat masa ini, Chik Hassan jadi moderator. Antara yang dicadangkan untuk jadi wakil ialah seperti berikut :-
1. Keluarga Ayah Long - Zulaikha
2. Keluaraga Ayah Chik - Kak Long Siti Sarah
3. Keluarga Ayah Ngoh Zali - Suriyati ?
4. Kelurga Chik Ngoh - Fatin
5. Keluarga Chik Hassan - Kak Yong Hidayah
6. Keluarga Baba - Farah atau baba sendiri
7. Keluarga Pok Teh - ?? Pok Teh sendiri kot ...
8. Keluarga Su Lang - ?? Su Lang sendiri laa ...
Untuk itu, mereka dikehendaki SMS Nama Penoh dan Alamat e-mail kepada Chik Hassan di 019-2401808 untuk arahan selanjutnya.
Baba kalau boleh hantar teks sebagaimana disiarkan dalam ruangan KOMENTAR akhbar SIASAH tu ok juga kalau tidak menyalahi Akta Hakcipta Terpelihara. Abu Dadar, Sahidan dan Abdul Rahman boleh juga sumbang sikit-sikit berita perkembangan di perantauan ...
Semoga dapat kerjasama semua ... ya !!!

Bagaimana Hendak Update ?
Keperluan : Perlu ada akaun e-mail Gmail ( dapatkan di http://www.gmail.com/) sebagai pra syarat.
1. Klik ‘Sign In’
2. Masukkan Usernamae dan Password. Klik SIGN IN
3. Jika diminta lagi password bagi e-mail akaun Google, sila masukkan password. Tekan
4. Skrin ‘dashboard’ diaparkan. Setiap tajuk blog dipaparkan, jika ada lebih daripada satu blog
5. Jika hendak membuat bahan berita atau cerita baru, Klik ‘New Post’ dan terus taipkan dalam ruangan yang disediakan. Gunakan arahan editing yang disediakan.
6. Jika hendak kemaskini bahan berita atau cerita yang telah dihantar, klik ’Posts’. Semua bahan atau cerita yang telah dihantar dipaparkan. Klik ’Edit’ dan lakukan perubahan yang diperlukan.
7. Setelah selesai, klik ’Publish Post’. Jika diminta memasukkan ’code’ yang dibaca, ikut arahan yang dikehendaki.

Subscribe to:
Posts (Atom)